Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut kira-kira
28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih
dikenali dengan panggilan "La Hot Spring " telah dibuka kepada
orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran
Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.
Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh
penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati
keindahan alam semulajadi.
Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari
sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan.
Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "SULFUR" atau
belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat
untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi. Disini juga terdapat
"Wadding pool" bekas air hangat ( thermos ).
Selain itu juga, air hangat buatan juga dibina selain kolam seperti spa
bagi kemudahan orang ramai untuk menikmati kehangat air hangat buatan
ini secara persendirian. Di sini, pengunjung yang datang tidak pernah
berkurang kerana setiap masa dikunjungi. Tarikan utama dalah air hangat
semulajadi yang menjadi kepercayaan masyarakat yang dapat menyembuhkan
penyakit selain mendapatkan kesegaran tubuh badan.
La Hot Spring juga disediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti
rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi
  
|