LATAR
BELAKANG
Pulau Perhentian terletak lebih kurang 10.8 batu nautika (20km)
ke Timur Laut Kuala Besut. Pulau ini terletak dalam kawasan pentadbiran
Majlis Daerah Besut.
Gugusan Pulau Perhentian merangkumi:
a) Pulau Perhentian Besar
b) Pulau Perhentian Kecil
b) Pulau Susu Dara dan pulau-pulau kecil yang lain.
Keluasan keseluruhannya adalh 1, 392.15 hektar. Terdapat kawasan
pantai berpasir yang agak luas walaupun secara keseluruhannya diliputi
oleh kawasan berbukit dan tebing dimana boleh mencapai setinggi
70km hingga 300km.
KEADAAN SEMASA
Gunatanah Utama Pulau perhentian ialah penempatan pelancongan dan
kawasan hutan. Terdapat hanya sebuah kawasan penempatan iatu di
kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil. Kawasan penempatan
ini seluas 9.87 hektar. Penempatan ini telah telibat dengan Program
Penyusunan Semula Kampung nelayan Tradisional. Melalui program ini,
pembinaan rumah dilaksanakan secara lebih teratur. Jumlah penduduk
di Pulau Perhentian ialah kira-kira 1,300 orang dengan hampir 80%
terlibat dengan sektor pelancongan, 20% di sektor awam dan perniagaan
runcit.
Kawasan-kawasan pelancongan tertumpu di sekitar Teluk pauh, Pasir
Jong, Teluk Keke dan Teluk dalam di Pulau perhentian Besar. manakala
di Pulau perhentian Kecil tertumpu di Pasir Panjang, Teluk Kerma,
Teluk Aur serta di beberapa tempat di pantai sebelah timur.
Sebahagian besar di kedua-dua pulau ini masih diliputi hutan dara
dengan spesis pokok seperti Cengal, Balau, Bitangor Laut, Kelat
Laut dan Rhu.
Laut di sekitar pulau pula terdapat batu karang terutamanya di Pantai
Tiga Ruang, Teluk Dalam, Tanjung Tukas laut, Teluk Kerma dan di
kawasan perairan antara Pulau Perhentian Kecil dan pulau perhentian
Besar. Mengikut kajian yang dijalankan, lima puluh spesis batu karang
telah ditemui di sekitar Pulau Perhentian. Di sesetengah tempat
pula boleh didapati dua puluh jenis batu karang lagi setiap 200
meter persegi kawasan laut.
Selain itu enam pantai berpasir di Pulau Perhentian juga menjadi
tumpuan Penyu Karah dan Penyu Agar bertelur iatu di Tanjung Gantung
dan Pasir Pengalau di Pulau Perhentian Kecil juga di Pasir Tiga
Ruang, Tanjung tiga Ruang, Tanjung Tukas Laut dan tnjung Pinang
Seribu di Pulau Perhentian Besar. Terdapat juga spesis burung layang-layang
(Walet) yang membuat sarang burung di gua-gua skitar Teluk Batu
Tabir dan Gua Buaya.
KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR
Hampir kesemua kemudahan awam terdapat di kawasan penempatan penduduk
iaitu di Pulau Perhentian Kecil. Antara kemudahan yang disediakan
ialah tadika, sekolah rendah, masjid, balairaya, pondok polis, klinik
kesihatan, wakil pos, bomba rakyat, kawasan perkuburan, kedai Mara
2 tingkat dan perkedaian.
Kemudahan lain yang disediakan ialah Jeti awam di Teluk pauh, Teluk
Keke dan Jeti Utama di kawasan perkampungan. Bersesuaian dengan
status perairan Pulau Perhentian sebagai Taman Laut pula, Jabatan
Perikanan telah membina sebuah Pusat Taman Laut bagi menempatkan
kakitangan untuk mengawal pengairan disamping menyedia kemudahan
informasi.
BEKALAN AIR
Punca utama bekalan air di Pulau Perhentian adalah dari air bawah
tanah iaitu dari Teluk Dalam Pulau Perhentian Besar. Perkhidmatan
bekalan air SATU hanya tertumpu di kawasan petempatan di Pulau Perhentian
Kecil. Bagi pusat-pusat pelancongan lain mendapat bekalan air dari
bawah tanah di sekitar kawasan masing-masing. Secara keseluruhan
bekalan air tidak mencukupi terutama di musim kemarau.
BEKALAN ELEKTRIK
Bekalan elektrik TNB juga hanya terdapat di kawasan petempatan di
Pulau Perhentian Kecil dengan perkhidmatan 24 jam. Bagi kawasan
pelancongan, bekalan elektrik adalah menggunakan "Janakuasa
Persendirian" dan kebanyakannya tidaka dapat menyediakan bekalan
elektrik 24 jam.
SISTEM PENGANGKUTAN
Sistem pengangkutan laut dengan bot adalah nadi utama pengangkutan
di antara Pulau Perhentian dan Tanah Besar. Terminal jeti pelancongan
utama di Tanah Besar terletak di Kuala Besut. Terminal yang bernilai
hampir RM 3 juta ini mula beroperasi pada awal tahun 1998 untuk
kemudahan pelancong untuk menunggu dan menaiki bot, kaunter tiket,
menjual barang-barang kraftangan, kedai makan dan sebagainya.
Perhubungan jalan darat antara petempatan dan kawasan pelancongan
ialah laluan pejalan kaki melalui denai yang sememangnya menjadi
kegemaran pelancong luar negeri merentasinya. Selain itu terdapat
juga bot kecil yang dipanggil 'teksi' digunakan untuk membawa penumpang
ke lokasi pelancongan.
PELUPUSAN SAMPAH
Majlis Daerah Besut mula mengadakan khidmat pungutan sampah mulai
tahun 1997. Pemborong yang dilantik memungut sampah di kawasan petempatan
dan pelancongan seterusnya dibawa ke Tanah Besar untuk dilupuskan
di tapak pelupusan sampah. Kerja-kerja pengutan sampah ini beroperasi
daripada bulan Februari hingga Oktober setiap tahun.
POTENSI PELANCONGAN
Terdapat lebih kurang 1,000 buah bilik penginapan dari 42 buah pengusaha
chalet dan resort dalam pelbagai kategori termasuk Pusat Peranginan
Mewah, Chalet bertaraf sederhana dan rendah, Dorm serta kawasan
perkhemahan dengan kadar sewa antara RM 50 hingga RM 300 sehari.
Kejernihan air laut serta kepelbagaian hidupan marin selain daripada
kesesuaian tempat menjadikan pusat pelancongan ini popular dengan
aktiviti-aktiviti snorkeling, soating, perkhemahan dan melihat penyu
bertelur.
Keaslian dan keindahan alam sekitar semulajadi yang belum terjejas
seperti laut daratan, pasir dan batu, gua, bukit-bukit, hutan dan
tumbuhan semulajadi memungkinkan pelbagai aktiviti dapat dijalankan
seperti jungle trekking, penyelidikan dan sebagainya.
Pulau Perhentian juga menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti scuba
diving dan sijil yang dikeluarkan adalah diiktiraf diperingkat dunia.
Penglibatan aktif samada secara langsung dan tidak langsung penduduk
tempatan dalam industri pelancongan dapat membantu meningkatkan
taraf ekonomi penduduk di Pulau Perhentian dan secara tidak langsung
menggerakkan aktiviti-aktiviti hiliran dalam sektor perkhidmatan
di pulau ini.
 
|